top of page

SEM II

PENCAPAIAN & PENGLIBATAN

Webinar Industrial Talk

PELANTAR FACEBOOK DAN MSTEAM

23 Mei 2021

JAWATAN: Setiausaha 

Program Webinar "Industrial Talk" merupakan satu inisiatif untuk memberi peluang dan
pendedahan kepada pelajar IMeC khasnya dan pelajar FTSM umumnya tentang hala tuju dan
dunia kerjaya selepas bergraduat nanti.

​

Sebagai setiausaha program, beberapa perkara telah saya lakukan antaranya:

  • Membantu menyiapkan kertas kerja

  • Menyediakan surat jemputan kepada para panel serta perasmi program

  • Menghubungi para panel serta perasmi untuk dapatkan sebarang butiran berkenaan.

  • Menyediakan minit mesyuarat 

  • Menjadi pengacara majlis semasa majlis berlangsung.

Webinar Merkuri Sinaran Beracun    

Pelantar MSTeam dan Facebook

11 Jun 2021

Jawatan: Bendahari 

Program Kitar Semula UKM ialah satu program yang dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri
para pelajar lebih-lebih lagi nilai murni mengenai tanggungjawab alam sekitar . Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan bahayanya penggunaan merkuri berlebihan dalam kehidupan harian.

​

Sebagai bendahari program, beberapa perkara saya lakukan antaranya:

  • Menyediakan laporan bajet kewangan

  • Mengumpul maklumat dana

  • Memberi idea semasa meeting dilangsungkan

  • Memberi cenderamata kepada panel dan pemenang poster

  • Berinteraksi dengan bendahari IMeC untuk dapatkan duit perbelanjaan.

BENGKEL INFOGRAFIK ICT PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PDP) DIGITAL SEKOLAH (E-Sulam)

Pelantar: MsTeam

ToT: 20 Jun 2021

Bengkel: 26 Jun 2021

Jawatan: Setiausaha program

                Tenaga pengajar semasa ToT 

Bengkel ini merupakan satu inisiatif untuk memberi peluang kepada para guru terutamanya yang mempunyai literasi komputer rendah serta penggunaan ICT secara minimum.
Tujuan projek ini adalah untuk mengukuhkan serta meningkat kesediaan penggunaan
teknologi/aplikasi pendidikan terkini dalam sesi PdP digital sekolah. Bengkel ini melibatkan peserta dari guru Sekolah Menengah Jalan Reko dan beberapa sekolah terpilih.

​

Sebelum bengkel ini berlangsung,kami mengadakan ToT terlebih dahulu dimana saya menjadi tenaga pengajar untuk penggunaan Canva.

​

Sebagai setiausaha bagi program ini, beberapa aspek telah saya lakukan antaranya:

  • Membantu ketua pengarah menyediakan kertas kerja.

  • Menyediakan masterplan bengkel secara terperinci.

  • Menyediakan minit mesyuarat dan kehadiran ajk.

  • Membantu ketua pengarah menjalankan meeting bersama ajk.

  • Menyediakan panduan dan gdrive kepada ajk untuk muat naik progres kerja.

  • Menyediakan surat jemputan kepada perasmi iaitu PPD Hulu Langat. 

  • Menjadi pengacara majlis.

  • Memberi bimbingan kepada ajk yang menghadapi masalah.

PENCAPAIAN & PENGLIBATAN LUAR SIG IMeC/UKM

Program Kesedaran Keselamatan Cyber Siri 2

Pelantar Zoom Meeting

03 Julai 2021

Jawatan: Fasilitator

Program Kesedaran Keselamatan Siber yang
bertemakan “EXPLORING CYBER TO RAISE AWARENESS” anjuran SIG Cyber Hack & Ethics diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada ahli kelab tentang etika siber dan
juga masyarakat terutamanya kepada remaja berkaitan jenayah siber, memberi kesedaran
kepada masyarakat serta mengukuhkan semangat kerjasama dan insaniah antara ahli kelab.

​

Atas sebab kekurangan fasilitator, saya menyertainya sebagai  fasilitator program, beberapa perkara saya lakukan antaranya:

  • Menyediakan skrip roleplay

  • Memberi ringkasan video youtube selepas ditayangkan berdurasi 1 minit hingga 2 minit

  • Mengendalikan sesi  ROLE PLAY 1 serta uruskan markah pagi dan markah petang

  • Berinteraksi dengan peserta dari sekolah Imtiaz di dalam kumpulan kecil

Program Kepimpinan DSL THINKERS 

Pelantar Zoom Meeting

28 April 2021

Jawatan: Fasilitator

Program Kepimpinan ini merupakan anjuran PPD Daerah Kota Tinggi, Johor bersama DSLBKT Alumni.

 

Saya menyertainya sebagai  fasilitator program, beberapa perkara saya lakukan antaranya:

  • Mengendalikan program dari mula sehingga akhir

  • Menjadi penilai bagi setiap peserta untuk dipilih sebagai wakil pemimpin daerah.

  • Mengendalikan sesi pemilihan dan pemarkahan peserta.

Program Wanita Bebas Jenayah 4.0

Pelantar Zoom Meeting

07 & 08 Julai 2021

Program ini merupakan anjuran

  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , Malaysia (KPWKM)

  • International Muslim Women Union (IMWU)

  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Jawatan: Fasilitator

Graduate Capability Programme

Pelantar Streamyard & Zoom

22 - 23 Mei 2021 ,

29 - 30  Mei 2021

5 - 6 Jun 2021

Jawatan: Setiausaha ,

                Moderator,     

                Pengacara majlis

Program ini diadakan dengan kerjasama  pihak UKM-KARIER Universiti Kebangsaan Malaysia dalam menjayakan Graduate Capability Programme anjuran Kolej Pendeta Za’ba Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini berlangsung selama 3 minggu (weekend sahaja) dengan melibatkan 9 universiti awam dan 3 PMF UKM.

​

Komitmen diberikan:

  • Membuat surat jemputan kepada tetamu VIP, 9 universiti awam dan pmf UKM

  • Menyediakan masterplan program

  • Pengacara majlis penutupan Graduate Capability Program

  • Menjadi moderator slot 2 

​

Sebarang rujukan boleh dilakukan di:

  • zaabarians (ig)

  • graduatecapability(ig)

  • Kolej Pendeta Zaaba (facebook)

Penyertaan / Pertandingan

Pertandingan Poster Anjuran GPS UKM 

bertemakan Kepentingan Pendidikan Kepenggunaan 

Pertandingan Poster Anjuran SIG VIC

Pertandingan Poster Anjura SIG IMeC Webinar Bahaya Merkuri

Pertandingan Video Anjuran GPS UKM bertemakan Kepentingan Pendidikan Kepenggunaan

bottom of page